Sahabat

Assalammualaikum wbt


Sahabat mengata belakang bukan sahabat namanya
Sahabat datang ketika gembira sahaja, juga bukan sahabat namanya
Bukan senang nak cari sahabat yang tak mulut lembik
Bukan mudah cari sahabat ketika kita susah mahupun senang

Ramai sahabat mendampingi kita
Ketika bergembira
Ketika makan
Ketika melepak
Ketika menonton wayang
Ketika shopping
Tetapi berapa ramai sahabat yang mahu meminjamkan bahu
Malah minjamkan air mata
Ketika kita bersedih
Ketika kita berduka
Ketika kita memerlukan
Ketika kita sakit
Adakah kau nama nya sahabat?

Ya aku jugak seorang sahabat
Tapi aku bersahabat dengan orang yang benar mahu bersahabat
Bukan yang bersubahat

Kejujuran dalam persahabatan
Amat, malah sangat diperlukan
Tanpa kejujuran, pelbagai muslihat mungkin berlaku
Kutuk mengutuk
Tidak mustahil tikam belakang
Apatah lagi muka yang bertalam
Sahabat jenis apakah?

Diingatkan pada diri sendiri jugak
Para sahabat
Tak lupa para stranger
Pendek kata
Bukan senang mencari sahabat menangis
Sahabat yang jujur
Sahabat yang mulia

"HARD TIMES WILL ALWAYS REVEAL TRUE FRIENDS"







Copyright© semua di atas adalah hak milik Adziatul Farhah. Pencuri akan didakwa