Jeram Pelangi, Kuala Sentul Maran

Assalammualaikum hi reader! so this time aku nak up pasal my second trip which is Jeram Pelangi, Kuala Sentul Maran. Ada yang panggil Air Terjun Pelangi, tapi sama pulak nama macam dekat Sg Lembing nanti orang konpius. Basically nak cerita trip ni best (tak pernah tak best aku ni :p) dannnnnnnnnn banyak peristiwa terjadi wakakaka sampai sekarang tak lupa and never!

First trip ni agak ramai 31 orang line up. Nak mention nama ramai sangat, tapi ramai idola follow time ni. Yang pernah follow Lata Layang Layang pun ada follow kali ni abg lan, yarek, kak fiza, abg nick, fiha, tak ingat dah. Date 8-9 April 2017 2hari 1malam. Trip ni santai layan air ada la sikit sikit bukit taubat.

Unofficial photo group. Sebab ni je yang ada, yang lain semua dah cabut balik.


8 April 2017

Seperti dijanjikan berkumpul di masjid Kg Kuala Sentul. Geng dari Johor, Kl dari jauh semua gerak malam tu kitaorang meet up dekat Lubuk Ujid. Aku dari kuantan gerak malam tu jugak senang tak kalut pagi tu. So sampai kat Lubuk Ujid tidur rehat ada yang tak tidur borak sakan, jumpa member lama la katakan. Aku dengan kak fiza balik rumah sebab tempah lunch pack dekat mak aku. So setting lunch pack dah siap terus ke masjid jumpa dorang dan breakfast dekat gerai makan area situ.

Dalam pukul 9 dah siap siap nak gerak, powil pun dah tunggu. Masuk ke starting point kena naik powil sebab jauh jugak la jalan kaki. Tapi nak dijadikan cerita 1 group je lepas masuk naik powil, powil 1 so ulang alik la ambik kitaorang. Tiba sampai je rosak pulak powil nya, so guide mintak maaf cakap kena jalan kaki sampai starting point hahaha ambik kau. Jauh tu tidak la sangat cuma menaik bukit tu haaaa hahah semput wei dengan bag lagi phewwww.

Ni dekat masjid before gerak

Dah sampai je starting point ada briefing sikit dari guide. Baca doa jalannnn. Mula trek ok la landai santai. Trip ni ada redah anak sungai, so sekali lagi kasut getah sangat boekkk. Jalan naik turun bukit apa semua sampai la dekat Jeram Batu Hampar which is campsite. Bila trip ramai ni biasa la akan ada geng yang cucuk belakang guide, ada yang tengah ada yang acah borak dengan sweeper sebab pewai hahahaha. Dalam pukul 12 lebih jugak kot sampai campsite. Sampai je terus setting khemah fly hammock bagai.

Ini muka yang kena jalan kaki, powil rosak



Starting point, briefing dari guide and bacaan doa


Campsite

Layan main air dekat campsite
Abg Amir, Kaza (pemilik go pro selam haha) & Abd Fadi

Dah siap setting, aktiviti haritu terus ke Jeram Kawah, 15mins dari campsite. Cuaca Alhamdulillah cun, all the way nak ke Jeram Kawah semua laluan air. Memang kecut habis la jari kaki. Jeram Kawah memang tempat tiruk dan dalam. View cantik batu dinding tersusun. Ohh lupa trip ni memang ramai hantu air hahaha sampai je terus tiruk. Dan sekali lagi aku macam biasa la memang tak lah nak tiruk kan bukan kegemaran. Tiruk punya tiruk ada la kejadiann tak terduga. Dorang ni galok sangat main tiruk tiruk terjun dari atas. Nak di jadikan cerita kaza punya go pro terselam didasarnya hahahaha. Dia terjun dari atas nak record pegang go pro. Macam mana tah terlepas dari tangan terjun dia timbul, tapi go pro tak timbul hahahaha. Simpati untuk beliau. Hadiah hantaran tu weiiii hahaha. Yang frust nya banyak gambar dekat Air Terjun Tebing tinggi dekat dengan campsite dalam go pro beliau haihhhhhhhh macam macam posing siap meniarap lagi. Nak buat camna takda rezeki. Kata guide Jeram Kawah dalam nak mencari memang taklah kot. Dia sendiri pun tak pernah jejak ke dasar. Tunggu air surut nanti la kita cari ok? hehehehe :p

Batu dinding otw nak ke jeram kawah


Aku & kak fiza
Ni la jeram kawah


Ni jeram tangga dekat campsite, shower untuk mandi :p


So dah settle aktiviti kat Jeram Kawah bergambar sakan terus balik ke campsite. Sampai campsite siap siap urusan masing2 solat mandi. Aku siap siap untuk masak. Menu malam tu gempak special request dari geng geng ni. Ikan patin masak tempoyak, sayur kobis. Gigih geng ni pikul ikan patin tauuuu mujur tak jauh hahahah. Korang nak makan korang bawak k. Pasal ikan patin ni pun ada cerita hahahha tungguuuuuuuuu. Dah makan kenyang malam tu aktiviti sendiri sendiri. Geng ni lepak la sama dorang dah lama tak jumpa. Ada yang tidur terus.

19 April 2017

Aku bangun pukul 6:30 nak buang air, gosok gigi cuci muka semua. So dah settle aku lupa yang aku pakai sandal je, apa lagi nangka busuk la pagi tu berdebuk atas batu tu perghhhh sakit dia memang menusuk kalbu beb. Menangis aku hahahaha. Licin gila wei batu tu memang ramai dah jadi mangsa kat situ. Sebab situ tepi air je kan memang licin la cerita nya. Campsite betul betul sebelah air. Sakit ke tak aku terus proceed untuk masak breakfast. Pagi tu makan bihun goreng dibantu abg semz. Kalau trip dia memang chef la, tapi pagi tu dia tolong aku. Bagus la aku memang tak focus dah nak masak sebab sakit gila punggung aku.


Dah settle masak makan semua kami terus shoot ke Air Terjun Pelangi. Untuk ke sana ambil masa dalam 2 jam. All the way kesana semua laluan air. Ada yang tak pergi tidur, aku dalam dilema nak gi ke tak sebab sakit punggung masih menghantui. Tapi kuatkan semangat gi jugaklah. Tapiiiiiiiiii aku tak dapat teruskan ke sana, sebab sakit yang teramat.So aku decide untuk patah balik ke campsite. Tak jauh pun nak balik sebab baru jalan sekejap, sampai je campsite aku baring kejap menahan sakit pastu terus mandi then siap2 untuk masak. Tak lama lepas tu kak daya and abg fadi datang (dorang tak gi air terjun) tolong aku siapkan makan. Menu lunch masak lomak daging salai. Daging tu di salai sendiri oleh abg bad dan abg amir. Sedang elok siap masak, geng gi air terjun tadi pun balik dah. Sampai dorang terus je makan kelaparan. Dah siap makan semua settle packing barang untuk pulang. Lebih kurang dalam pukul 2pm jugak kot kitaorang start trekking balik.

Pemilik go pro selam

Air terjun pelangi



Ohh lupa, nak dijadikan cerita masa aku patah balik dari air terjun tu, baru la dapat tahu ada line up yang cerry berry and muntah muntah. Mira and aina (bukan nama sebenar) hahahahahaa ini aku nak suka. Kata nya makan ikan patin. Mungkin tak kena dengan dorang kot. So sepanjang trekking balik tu aku and ada yang lain follow mira and aina ni. Banyak kali pit stop jugak la dorang pewaii muntah berak bagai hahahahahaah. Takpe rahsia kita je k wakakaka. Sebalik pokok pun jadi weiiiiiiii hahahahahahahahha. K dah dah lupakan, back on trek :p

Then jalan punya jalan terasa jauh pulak jalan balik ni hahahaha. Sampai la dekat starting point and nampak ada yang lain lain yang dah sampai awal tengah tunggu powil ambik. Kebetulan kami sampai dekat situ powil pun sampai, so tak menunggu lama la kat situ. Terus hantar dekat masjid. Sampai masjid mandi siap siap nak balik terus. So sesi bergambar je farewell nya. Salam peluk cium terus balik. Sebab ada yang nak balik jauh kan. So itu je la perkongsian untuk trip ni.

Mesti ada yang tanya, kenapa Air Terjun Pelangi takda pelangi pun. Mana pelangi?? haha actually trip kali ni dorang tak explore habis. Sebenarnya betul betul dalam air terjun pelangi tu boleh masuk and banyak pelangi dekat dalam tu. Second trip aku masuk kat dalam tu. So tunggu k.

Natijahnya trip, line up memang padu hahahahah. Banyak kenangan sampai sekarang kena anjing anjing kan wkaakaka. Seronok ramai ramai kenalan baru. InsyaAllah tahun depan repeat lagi ke sini hehehehe.

Dalm gambar ni ada mira and aina. Korang teka la mana 1 mira aina tu kikiki :p

Note: trip ni tak banyak gambar, maaf. Mungkin banyak dalam go pro selam kot hahaha
Copyright© semua di atas adalah hak milik Adziatul Farhah. Pencuri akan didakwa