Gunung Stong Part 2


So berjumpa lagi kita huhu

23 July 2016

time ni ada yang bangun seawal pagi nak layan sunrise dan awan karpet, aku sedar awal. tapi malas so takpe la aku layan sunrise keesokannya. bangun mandi p ramlee breakfast. pastu terus siap siap daypack ke puncak. dalam pukul 9 kot start. masa awal tu briefing warm up. so terus start trekking, mula tu santai dan akan merentasi beberapa anak sungai. so di anak sungai terakhir abg man ada cakap lepas dari sungai ni trek agak mencabar, so siapa rasa nak tarik diri or patah balik, sila sekarang. so takda siapa yang patah balik, actually aku macam nak patah balik, sebab takut tak lepas. tapi aku fikir positive je. so terus jalan aku tak ingat berapa jam. so take 5 dekat macam air terjun gitu. ada yang sempat tidur kejap aku pun bukak kasut baring atas batu hampar. 
kat sini la yg abg man tanya siapa nak tarik diri

dah rehat, abg man panggil ajak gerak, time ni aku ok tiba2 kaki aku dah rasa cramp, mungkin sebab kaki tengah panas berjalan, terus aku bukak kasut duduk atas batu sejuk rendam kaki tu yang cramp. terus je aku cari medic iaitu daus, time tu ajis pun ada. dorang bagi aku cream cramp dan ada balut sikit tapak kaki aku sebab tapak kaki sakit. dah lama tu ok sikit cumaaaaaaa start dari situ la on off cramp nya, so ajis dan daus memang banyak support aku hahah nak menangis time tu sebab sakit kaki yang lain semua dah lepas depan. mungkin aku mental hahahahha mental wei sampai ajak dorang patah balik hahaha tapi guide cakap patah balik jauh nak taknak kena teruskan. dengan trek pacak nya time tu jalan 5 langkah berhenti sakit kaki lagi hahhaha. tapi alhamdulillah sampai jugak dekat puncak baha. kat situ semua dah sampai ada yang lena abg man tengah masak. 
aku sampai je ada yang datang kat aku tengok kaki aku ada yang urut kan. thanks la untuk dorang kan hehe. abg man panggil makan meggi dengan dia. kat situ ada jugak team lain, tapi dorang tak ramai, kami gerak sekali sebab team dia pun ada sorang injured. so siap rehat terus gerak ke puncak ayam. so sampai kat Y untuk ke puncak ayam dan stong. abg man ada cakap siapa taknak naik puncak ayam boleh stay kat simpang ni. aku memang give up dah, tapi abg man ah. dia cakap dekat je itu la ini la aku pun terjebak. lagipun aku fikir rugi la kalau tak naik sebab dah sampai kan. kejap je nak sampai puncak ayam tu dalam 15min. kat situ pokok bonsai je semua. tapi mcm dah petang time tu. so dah turun topup air apa semua sebab kat simpang tu ada water point. 

kami terus start jalan menujuk ke puncak stong. time tu dah gelap masing2 bukak torchlight aku kesejukkan, abg man bagi pinjam ponco, sebab ponco dia tebal. so jalan punya jalan dalam gelap tu sampai la kat puncak stong. kat puncak stong ni kena naik sorang2 sebab puncak dia kecik je dan kena climb, dalam 5-6 orang sekali naik. pastu terus turun. aku team yg naik dulu sebab nak rehat lama. so dah turun dah puncak tu aku rehat kat bawah tu, ada yang bukak dapur haram hahaha masak meggi air kopi, aku tumpang. seronok wei !! tapi cuaca memang sejuk gila mujur tak hujan. 

kira time aku kami ot la jugak dalam hujan, mungkin sebab ramai nak dekat 40 orang sebab gabung team. aku tak sure start turun ke kem baha pukul berapa, tapi yang pasti nya sampai kem baha dalam pukul 2 pagi hahahahahahahaha ot teruk! trek balik lecak mujur alhamdulillah sepanjang perjalanan tak hujan. ohh lupa nak bagitau masa aku sampai kat puncak ayam tu abg man ajak tukar kasut dengan dia sebab dia kata mungkin faktor kasut aku, tu yang sakit kaki. sian abg man kena pakai kasut kecik hahaha. so sampai je kem baha aku celup badan masuk tidur. orang lain ada yang makan dulu sebab acik dah masak. tapi aku tak. ada jugak yang berjaga nak layan sunrise.

aku bangun dalam pukul 5 pagi nak layan sunrise, bangun gosok gigi terus gi layan sunrise, time tu perghhh awan karpet beb! kat kem baha ni memang terkenal dengan awan karpet dia. so siapa yang gi sini tapi tak layan awan karpet memang rugi! dah habis layan awan tu, aku breakfast, ada yang ajak layan air terjun jelawang, dekat je kat kem baha tu. situ boleh slide dari atas. ramai jugak la yang mandi air terjun. aku macam biasa la duduk je sebab aku memang bukan penggemar air. dorang banyak kali paksa aku nak nak abg man siap nak tarik simbah air kat aku lagi hahahahah. seronok tengok dorang slide air terjun tu. penggemar air memang sesuai tiruk situ.

so aku terus balik kat fly packing barang untuk balik jap lagi. crew pun memasak. one thing aku paling suka trip ni, makan shell out! hahahha good idea la from ijan. makan beramai. makan memang mewah gila! siap ada sambal petai hahaha. time tu la baru nak ice breaking. sorang sorang kenal diri, bagi yang experience banyak tu seronok la. macam aku haprak takda hahahah. so dah siap makan packing kemas, sesi fotogroup dulu kat view air terjun tu. pastu terus turun ke starting point.

so turun kami ikut jalan lain, ikut jalan dekat kampung keluar belakang kedai makan depan masjid. turun masing masing laju dengan trek licin nya. aku penakut jadi slow la hahahaha. so sampai je abg man belanja sorang satu air tin. dia suruh ambik je kt kedai tu. macih abg man ! hahha so kat situ la last jumpa dorang, bergambar bagai. dah petang time tu. so kami gerak balik ke gua musang mandi2 dekat rumah abg kawan carpool ni. malam jugak la gerak balik kuantan. tak ingat balik pukul berapa tapi yang ingat sampai kuantan dalam pukul 4 pagi. aku sepanjang jalan tidur je haha sian orang drive. 

so 4 pagi tidur kejap, pukul 6 dah bangun siap kerja. hahahha gigih kan. kaki dah lah sakit. so ini la serba sedikit perkongsian mendaki gunung stong. seronok! new friends! new experience! surely aku repeat!! terima kasih baca, so jamu mata dengan gambar ya! jumpa di gunung seterusnya :)


pih lipak






ni la abg man, selalu marah aku haha




























ajis



0 VVIP: