Sabar







Ada kala kita gembira. 
Ada ketika kita berduka.
Manusia tak lari dari dua perasaan itu.
Gembira, hal yang paling di sukai.
Tatkala gembira hati melonjak keseronokan. 
Mulut menyokong tak berhenti bercerita.
Wajah tersenyum terpalit keceriaan. 
Tapi siapa yang tahu
Akan datang nya episod berduka
Sebiji batu menghempap kepala
Bertubi tohmahan dilemparkan
Bebanan dibahu tiada peduli
Sedekad memikir tiada kesudahan
Mata berkaca 
Wajah mencuka
Apakan daya 
Dikerah juga lempar senyuman
Namun ramai yang datang
Menepuk bahu seolah faham
Menadah telinga seakan mengerti
Padahal hanya simpati yang mereka beri
Tetapi jangan bersedih jangan berduka 
Siapa lah kita menolak takdir
Harus diingatkan bahawa
Sabar kunci segalanya
Nescaya muncul nya pelangi selepas hujan 









0 VVIP: