Sahabat

Assalammualaikum wbt


Sahabat mengata belakang bukan sahabat namanya
Sahabat datang ketika gembira sahaja, juga bukan sahabat namanya
Bukan senang nak cari sahabat yang tak mulut lembik
Bukan mudah cari sahabat ketika kita susah mahupun senang

Ramai sahabat mendampingi kita
Ketika bergembira
Ketika makan
Ketika melepak
Ketika menonton wayang
Ketika shopping
Tetapi berapa ramai sahabat yang mahu meminjamkan bahu
Malah minjamkan air mata
Ketika kita bersedih
Ketika kita berduka
Ketika kita memerlukan
Ketika kita sakit
Adakah kau nama nya sahabat?

Ya aku jugak seorang sahabat
Tapi aku bersahabat dengan orang yang benar mahu bersahabat
Bukan yang bersubahat

Kejujuran dalam persahabatan
Amat, malah sangat diperlukan
Tanpa kejujuran, pelbagai muslihat mungkin berlaku
Kutuk mengutuk
Tidak mustahil tikam belakang
Apatah lagi muka yang bertalam
Sahabat jenis apakah?

Diingatkan pada diri sendiri jugak
Para sahabat
Tak lupa para stranger
Pendek kata
Bukan senang mencari sahabat menangis
Sahabat yang jujur
Sahabat yang mulia

"HARD TIMES WILL ALWAYS REVEAL TRUE FRIENDS"







Pengenalan

Assalammualaikum wbt

Pengenalan yang tidak seberapa
Boleh menjadi bermakna kalau dibuat dengan betul

Ya, aku jugak manusia biasa
Yang hina lagi jahil
Yang lemah dengan pengetahuan
Yang masih belum berada dijalan yang betul
Tetapi, sebagai makhluk Allah 
Aku cuba untuk tidak menjadi hina dan jahil
Aku cuba untuk tidak menjadi lemah dengan pengetahuan
Aku cuba untuk berada dilandasan yang betul

Aku suka akan kebebasan
Kebebasan, tanpa sebarang gangguan 
Gangguan daripada manusia bertopengkan iblis
Seseorang yang belum kenal akan aku
Pasti tersilap langkah menikam aku dengan pisau
Pisau yang penuh dengan agenda dan muslihat
Pasti akan tewas jika disulami dengan nawaitu yang betul

Maaf andai tersilap
Percubaan untuk berkata-kata
Kata-kata bukan sekadar menasihati malah mengingati





Warn

Assalammualaikum buddys. 
Bukan peringatan sebarang peringatan
Just nak hantar peringatan yang ringan je

Manusia, kalau tak diingatkan
Memang alpa
Yang kawan berubah lawan
Yang sayang berubah benci

Bak kata pepatah
Yang baik dibalas baik
Yang jahat dibalas jahat
Senang kau ingatkan orang
Walhal diri sendiri belum cukup bagus
Apakah?

Lembut lidah kau berkata
Ringan tangan kau mengata
Sayang dimulut, ditangan pisau kau pegang
Sikit lagi kau melangkah
Sikit juga mulut aku menjadi ringan

Ya peringatan

Copyright© semua di atas adalah hak milik Adziatul Farhah. Pencuri akan didakwa